Followers

Custom Search

Tuesday, August 31, 2010

Peria Stim Bersumbat Ayam


Bahan-Bahannya
200 gm isi ayam kisar
3 sudu besar sayur campur
1 biji cili merah (dihiris halus)
3 sm halia kisar
2 biji peria besar dipotong 3
1 peket tumix peria ayam
Minyak masak secukupnya

Cara Membuat
Panaskan minyak dan masukkan ayam kisar dan biar hingga ayam masak
Masukkan sayur campur, cili, halia serta Tumix dan biar garing.
Alihkan dari api dan sumbatkan ke dalam peria. Biar padat kemudian susun diatas dulang pengukus dan kukus selama 10 minit.
Keluarkan dari pengukus dan dipotong kecil.

Tuesday, August 17, 2010

Resepi Sahur & Berbuka Puasa : Daging Masak Merah

Bahan-Bahan
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
125 gm sos tomato
4 sudu besar cili kering (dikisar)
Sedikit kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara Membuat
Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk. Potong daging lebih kurang sebesar 5 cm. Panasakan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air. Tambahkan sedikit garam & kicap cair. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar. Kacau seketika & angkat.

Nota : Menu menarik berbuka dan bersahur.

Saturday, August 7, 2010

Asam Pedas Ikan Pari




Bahan-Bahan:
15 batang lada kering
4 biji bawang putih
½ inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
sedikit blacan
1 sudu teh jintan halus
1 sudu teh ketumbar
2 sudu teh lada hitam
kesemua bahan2 dikisar halus
1 batang serai dititik
2 mangkuk air asam jawa
garam
1kg ikan pari
terung dan kacan bendi
daun kesum

Cara Membuatnya
Tumiskan bahan2 kisar dengan minyak sehingga garing. masukkan air asam dan garam serta serai. bila mendidih masukkan ikan pari dan sayur-sayuran.bila masak asam pedas jangan gunakan cili boh.

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !