Followers

Custom Search

Monday, July 30, 2012

Juadah Bersahur Puasa - Sambal Telur Hancur Special

Kredit : Dapur kecil Norul
http://dapurkecilnorul.blogspot.com

Assalamualaikum dan apa khabar semua ? semoga terus ceria di Ramadhan ke 10 dalam tahun 2012 ini.  Minta maaf semua kerana lama gak tak dapat nak update. Biasalah sibuk sikit lebih-lebih dalam bulan puasa ini.  

Kali saya akan berkongsi resepi sambal telur hancur special, yang rasanya sangat sesuai dibuat semasa bersahur dalam melayan  telatah suami dan anak-anak yang mahukan makanan panas semasa bersahur.  Cepat dan sedap disediakan cubalah..

Bahan-Bahan 
3 biji telur
1 bawang besar(hiris)
2 bawang putih(hiris)  
   cili boh 
   kicap manis
   garam
   minyak  
 
Cara-cara membuat
1. Panaskan minyak dan goreng bawang putih dah bawang merah sehingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan garam, tumis sehingga cili masak dan masukkan sedikit air.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sehingga telur masak.
4. Setelah telur masak masukkan sedikit kicap manis dan hidang.

Nota tambahan
1. Jika mahu lebih sedap atau `kick' anda boleh meletakkan sedikit belacan.

Tuesday, July 17, 2012

Kuih Raya : Dodol Labu

Ini dodol labu


Dodol Bentuk Setiga
Part kacau dodol memang memenatkan !! Banyak pantang larang  tu


Assalamualaikum, bertemu kembali dalam koleksi resepi terkenal, maaf jika terlalu awal ceritakan resepi buat dodol labu, puasa pun belum kan !! tak per sebenarnya sajer jer. Nak bagi semangat berpuasa...

Tahun nie nak buat kelainan sikit, nak buat dodol labu..mesti ada yang belum pernah makan kan .. termasuklah saya.  Berikut resepi (kalau siap hantar barang sekilo dua kat saya)
 
Bahan-Bahan
600 gm labu
300 gm tepung pulut
300 gm gula pasir
300 gm gula merah (gula kabung)
1 sudu teh garam
1 biji kelapa perut dijadikan ½ liter santan pekat
Sehelai daun pandan

Cara Membuat
Rebus labu hingga empuk kemudian dilenyek hingga lumat. Masukkan kesemua bahan ke dalamnya sambil digaulkan kemudian dijerangkan sambil dikacau di atas api hingga tidak melekat di tangan. Apabila telah sejuk, bentukkan sesuka hati.


Monday, July 2, 2012

Berbola Sardin

Berbola sardin amat sesuai dimakan waktu petang. Ingin cuba resepi berbola daging pula ?

Assalamualaikum, semua kali ini saya akan berkongsikan resepi berbola sardin  yang  amat mudah sekali dan murah.

Bahan-Bahan
1 tin sardin (kecil/besar) (asingkan kuahnya)
2 biji telur
2 keping roti (disiat kecil-kecil)
serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara-Cara Membuat
Rebus sebiji telur. Hancurkan telur rebus tadi bersama ikan sardin dan gaul rata. Pecahkan sebiji telur, masukkan ke dalam ikan sardin tadi bersama roti yang disiat kecil-kecil. Gaul hingga sebati. Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Uli campuran ini menjadi bebola dan goreng sehingga masak. 

Cadangan Hidangan 
Bebola sardin ini sedap  dimakan bersama sos atau mayonis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog List

More Story Here

Let Join !